tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, January 31, 2010

Amnesty International desak tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan

najib-tun-razak KUALA LUMPUR: Pemantau hak asasi global Amnesty International mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Najib Razak menggugurkan pertuduhan jenayah liwat, yang didorong oleh niat jahat politik, terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

"Pihak berkuasa Malaysia pernah menggunakan taktik yang sama dalam usaha untuk menyingkir Anwar dari politik.  Pihak kehakiman di Malaysia sepatutnya membuang tuduhan-tuduhan ini," kata Sam Zarifi, pengarah Asia Pasifik Amnesty International, dalam satu kenyataan yang diperolehi Harakahdaily semalam.


Anwar, bekas timbalan perdana menteri, sedang menghadapi tuduhan liwat babak kedua di mana beliau mengaku tidak bersalah. Ikon reformasi berusia 61 tahun itu menyalahkan Najib kerana memalsukan bukti dalam usaha untuk membunuh kebangkitan semula karier politiknya.

Berikutan dari kritikan awam beliau terhadap perdana menteri pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 1998, Anwar ditahan dan dihukum atas dakwaan rasuah dan liwat.  Beliau menghabiskan masa selama enam tahun dalam tahanan persendirian sebelum pendakwaan ditarik balik dan dibebaskan dari penjara.
Perbicaraan baru beliau – di mana pihak media melabel sebagai Sodomi II – kini ditetapkan bermula 2 Februari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes ini merupakan kali kedua setelah 12 tahun kerajaan Umno-BN membawa tuduhan ini terhadap bekas timbalan perdana menteri itu, kini Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat atau KEADILAN.

Melanggar piawaian perbicaraan yang adil, definasi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu Jumaat lalu, beliau gagal mendapatkan bukti-bukti kerajaan terhadap beliau.  Kalangan pakar undang-undang telah membidas keputusan mahkamah persekutuan kerana mengenepikan Kod Kanun Keseksaan di mana ahli-ahli parlimen telah memasukkan syarat-syarat supaya pasukan pembelaan mempunyai akses ke atas senjata yang sama yang dimiliki oleh pihak pendakwaan.

"Kes Anwar telah menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat antarabangsa dan para pelabur mengenai komitmen Malaysia terhadap keadilan dan peraturan undang-undang," kata Zarifi.

Beliau menerangkan,"keengganan pihak pendakwaan memberi bukti-bukti kepada pihak pembelaan pada peringkat pra-bicara melanggar piawaian perbicaraan secara adil dan undang-undang Malaysia sendiri."

Di bawah Seksyen 51A Kanun Keseksaan Malaysia sendiri, pihak pendakwaan mesti memberi dokumen dan kenyataan fakta-fakta secara bertulis yang memihak kepada pihak pembelaan.
Malahan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, telah menetapkan bahawa kemudahan-kemudahan paling minima untuk perbicaraan yang adil "mesti termasuk akses kepada dokumen-dokumen dan bukti-bukti lain di mana pihak yang tertuduh perlu untuk membuat persediaan membela diri," kata Zarifi.

Keputusan mahkamah untuk membenarkan pihak pemdakwaan untuk menyembunyi bukti-bukti penting menjadikan kes ini sebagai satu contoh (precedent) yang bahaya yang akan digunakan pada masa depan untuk tujuan kes-kes jenayah di Malaysia kelak,"katanya.  "Ini menjadi resepi kepada perbicaraan yang tidak adil."

Bercanggah dengan hak asasi manusia antarabangsa Tambahan pula, Amnesty International berkata tuduhan jenayah liwat terhadap Anwar, di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, juga bercanggah dengan piawaian hak asasi antarabangsa.

Undang-undang kolonial British menyediakan peruntukan hukuman penjara dan sebat, satu hukuman kerana melanggar undang-undang antarabangsa atas kesalahan mendera dan layanan yang tidak baik.

Malahan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 memutuskan bahawa undang-undang liwat melanggar hak asasi utama peribadi," kata Zarifi.

Untuk selama lima tahun, Anwar telah diharamkan dari menjawat jawatan awam ekoran dari hukuman dakwaan rasuah.  Selepas larangan itu ditarik balik pada April 2008, beliau memenangi kerusi parlimen pada Ogos, 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang dan diangkat sebagai ketua gagasan Pakatan Rakyat.

Tetapi pada 17 Julai, 2008, kira-kira sebulan sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar sekali lagi ditahan atas tuduhan liwat terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.  Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan 20 tahun penjara dan hilang jawatan politiknya.

No comments: