tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, January 20, 2010

SPRM mohon maaf kepada Karpal

Malaysia Parliament PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara terbuka memohon maaf kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana pegawainya membuat kenyataan yang menghina terhadap beliau Jumaat lalu.
Dalam satu kenyataan SPRM berkata, pegawainya Abdul Razak Musa telah memohon maaf dan menarik balik komen beliau terhadap Karpal.(gambar)
Ketika prosiding inkues mendiang Teoh Beng Hock sedang berjalan, Abdul Razak memberitahu Karpal, yang duduk di atas kerusi roda, “saya boleh duduk tapi awak tidak boleh berdiri.”

SPRM memohon maaf bagi pihak Abdul Razak dan berkata SPRM tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Ketika dihubungi, Karpal berkata Abdul Razak telah memohon maaf kepada beliau di mahkamah sejurus selepas beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.  Abdul Razak juga telah diberi amaran oleh hakim.
“Saya menerima permohonan maaf oleh SPRM dengan niat yang baik dansaya harap perkara ini dianggap selesai,” kata Karpal.

No comments: