tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, January 28, 2010

Laporan palsu: Nizar tuntut TV3, TV9 mohon maaf

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menggesa supaya Buletin Utama TV3 dan TV9 memohon maaf kerana membuat liputan palsu baru-baru ini.
Kedua-dua saluran televisyen elektronik itu mendakwa pegawai khas kepada beliau, sewaktu beliau menerajui kerajaan negeri, terlibat dengan kes rasuah pasir yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya maklumat dari TV3 dan TV9 berkenaan kerana saya tidak tahu menahu mengenai pegawai berkenaan.  Ia satu tuduhan tidak berasas," kata beliau kepada Harakah.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, pihaknya juga ingin mengetahui siapakah sebenarnya individu yang dimaksudkan tersebut kerana tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai hal berkenaan.
Oleh itu, beliau menggesa agar pihak media yang terbabit menarik balik kenyataan yang dibuat dalam siaran berita berkenaan, yang menyentuh dirinya agar memohon maaf serta mengakui kesilapan dalam siaran berita yang sama bagi menjernihkan keadaan.

No comments: