tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, January 18, 2010

MK : 'Menteri melakukan kesilapan perundangan'

Penggunaan perkataan Allah sudah menjadi amalan di kalangan penganut Katholik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Perkara itu dinyatakan dalam penghakiman bertulis setebal 59 muka surat kes mingguan Katholik, Herald, yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan.

Katanya, mahkamah perlu mengambil kira hak perlembagaan dan hak asasi seseorang yang menganut agama Kristian untuk mengamalkan agama mereka dan menyampaikan agama mereka kepada penganut agama tersebut.

“Gereja Katholik terdiri daripada sebahagian besar penduduk Sabah dan Sarawak, yang menggunakan Bahasa Malaysia, dan mereka telah bertahun-tahun menggunakan bahan-bahan agama, di mana perkataan 'God' dirujuk sebagai Allah.

“Juga terdapat ramai (penganut Katholik) di Pulau Pinang yang bertutur dalam Bahasa Malaysia, dan begitu juga di Melaka,” katanya.

Hakim Lau mendapati tindakan kementerian dalam negeri mengenakan syarat terhadap mingguan Katholik, Herald, adalah tidak sah di bawah Artikel 3 (1) dan Artikel 11(3).

Artikel 3 adalah mengenai agama persekutuan, iaitu Islam dan Artikel 11 pula ialah mengenai kebebasan beragama.

Dalam memutuskan bahawa larangan ke atas Herald itu tidak sah dan terbatal, Hakim Lau berkata, menteri dalam negeri, dalam menggunakan budibicaranya untuk mengenakan syarat-syarat ke atas permit penerbitan, telah tidak mengambil kira perkara-perkara yang relevan.

Oleh itu, katanya, menteri berkenaan telah melakukan kesilapan perundangan.

No comments: