tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, January 27, 2010

FMT : Larang kenyataan mengenai kalimah ‘Allah’

Zulkifli Noordin PETALING JAYA: Mesyuarat biro politik Parti Keadilan Rakyat semalam mengeluarkan arahan menghalang ahli-ahli membuat kenyataan berhubung isu penggunaan kalimah ‘Allah’.
Sejurus selepas itu, Ahli Parlimen Keadilan (Kulim – Bandar Baharu) berkata beliau akan terus bercakap mengenai isu ini walau pun terdapat larangan tersebut.
Sebelum itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan keras akan diambil terhadap ahli parlimen itu jika beliau terus membuat kenyataan berhubung isu itu.
Menurut Zulkifli, (gambar)  ini terhad kepada laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sahaja.

khalid0 Beliau berkata, sebagai seorang Muslim, beliau mempunyai hak untuk bercakap soal ini.  Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang saya dari mempertahankan Islam.” katanya.
Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid atas tuduhan menghasut apabila Khalid (gambar) menyatakan Enakmen Agama bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan dan Pengembangan di kalangan orang-orang Islam) 1988, yang menghalang agama-agama lain menggunakan kalimah ‘Allah’, sudah ketinggalan zaman.
Biro Politik KEADILAN mengarahkan Zulkifli menghadapi jawatankuasa disiplin kerana membuat laporan polis terhadap Khalid.
“Biro juga memohon pengerusinya yang juga Timbalan Pengerusi KEADILAN, Dr Syed Husin Ali bermesyuarat dalam tempuh sebulan menyiasat kes ini,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Naib Presiden KEADILAN, Zaid Ibrahim berkata, sudah ada suara daripada rakyat supaya ahli parlimen dari KEADILAN yang degil ini dipecat dari parti.
“Khalid sama seperti Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Perak yang digulingkan, ialah dua pemimpin yang sukar dicari, dapat menawan hati dan pemikian rakyat dengan ucapan dan tindakan mereka,” kata Zaid.

No comments: