tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, January 24, 2010

MK : Timbalan pengerusi PKR Pahang letak jawatan

Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti itu dan juga anggota Parlimen Indera Mahkota.

"Hasrat ini saya telah maklumkan pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali bahagian Cameron Highlands. Saya juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Azan, 44, berkata beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

"Bagaimanapun saya masih kekal sebagai anggota Parlimen PKR bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota dan saya juga masih ketua bahagian Indera Mahkota," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-11, beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Salamon Ali Rizal Abd Rahman dengan undi majoriti 1,027 undi.

- Bernama

No comments: