tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, January 24, 2010

Senarai ahli Umno dipamer mulai 15 Mac

Senarai terkini ahli Umno akan dipamer selama sebulan di semua pejabat cawangan dan bahagian parti mulai 15 Mac ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memutihkan senarai keahlian selain mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih.

"Menerusi proses pemutihan ini kita akan mengeluarkan nama ahli Umno yang telah meninggal dunia atau berpindah parti," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata bagi yang mendapati nama mereka tiada dalam senarai pula boleh membuat aduan di semua pejabat cawangan Umno atau menghubungi ibu pejabat parti.

"Senarai sebenar ahli Umno akan dikeluarkan sebelum mesyuarat peringkat cawangan bermula Mei ini," katanya.

Sehingga kini Umno mempunyai 3.6 juta anggota.

- Bernama

No comments: