tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, January 19, 2010

FMT : Polis patut siasat Mukhriz

Oleh Qayum Rahman
shamsul-iskandar ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) mempersoal tindakan kerajaan yang tidak mengheret orang Umno-Barisan Nasional (BN) yang giat menyemarak isu kalimah ‘Allah’ dalam laman sosial facebook, sebaliknya mengkambinghitamkan seorang pelajar.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata, kerajaan menutup mata kepada dalang sebenar kumpulan yang menamakan diri sebagai ‘Menentang Penggunaan Nama Allah oleh Golongan Bukan Islam’ dalam facebook.
Menyifatkan tindakan itu sebagai pendakwaan terpilih, beliau hairan kerana pengendali dan pegawai kumpulan itu, tidak diheret sama ke mahkamah.

"Kumpulan itu jelas didukung orang Umno-BN. Kenapa tidak dakwa mereka? Mengapa hanya pelajar sahaja didakwa, bagaimana pengendali laman itu?
"Maknanya, tangkapan itu untuk meredakan keadaan sahaja sedangkan pelaku sebenar yang membakar gereja terlepas begitu sahaja," katanya kepada Suara Keadilan.
Antara pentadbir kumpulan itu ialah Exco Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah manakala antara pegawainya ialah Datuk Mukhriz Mahathir.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula menyifatkan polis hanya mahu menutup kelemahan dengan menunding jari kepada  pelajar untuk menyelesaikan isu pembakaran gereja.
Katanya, polis berbuat demikian kononnya mahu menunjukkan yang mereka sudah menunaikan tanggungjawab tanpa menghiraukan sama ada tertuduh benar-benar bersalah ataupun hanya bergurau.
"Tindakan mendakwa pelajar boleh menyebabkan masa depan pelajar terbabit terjejas," katanya yang menyifatkan polis cuba mencari dalih atas kegagalan mereka mengawal keadaan.
"Inilah taktik kotor yang dimainkan kerajaan untuk raih sokongan rakyat dengan memperalat isu agama yang dipolitikkan untuk menonjolkan kononnya kebaikan mereka," katanya.
Mahfuz berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri tidak boleh menjamin keselamatan negara dengan hanya bersandiwara, membuat tangkapan sedemikian.
"Jangan ambil jalan mudah untuk menutup kelemahan hingga menyebabkan orang yang tidak harus dipersalah terpaksa menanggung beban," katanya.

No comments: