tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, January 26, 2010

Muhyiddin akui peralat Jasa

Oleh Razak Yusuff
muhyiddin-yassinAkibat rakus kuasa, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional(BN).
Muhyiddin mengarahkan ratusan pegawai Jasa untuk memastikan Umno-BN kembali meraih majoriti dua pertiga di Parlimen serta merampas kembali Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengeluarkan arahan itu tanpa menghormati prinsip bahawa kakitangan awam yang dibayar gaji dengan duit rakyat, tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan politik mana-mana pihak kerana mereka berkhidmat untuk rakyat bukan parti.


Namun, Muhyiddin membelakangkan prinsip asas perkhidmatan awam itu dan bingkas mengeluarkan arahan berkenaan kepada Jasa ketika majlis perjumpaan pegawai-pegawai Jasa peringkat kebangsaan di ibu negara.
Beliau berkata, pegawai Jasa hendaklah menonjolkan kestabilan politik dan ekonomi di bawah Umno-BN menerusi program-program mereka dan menampakkan Umno-BN kononnya bertindak membela rakyat.

“Pegawai-pegawai Jasa mesti berubah sepenuhnya dalam pendekatan mereka terhadap pengundi dan sasaran,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut menetapkan KPI (Key Performance Index) bagi pegawai Jasa hingga pilihan raya ke 13 akan diukur atas kebolehan mereka membantu memastikan Umno-BN mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menawan kembali negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ketika dihubungi berkata, kenyataan Muhyiddin itu jelas mendedahkan unsur-unsur salah guna wang rakyat untuk mendokong BN supaya terus kekal memerintah.

“Wang rakyat sepatutnya digunakan tanpa mengira fahaman politik, saya cabar pihak SPRM supaya menyiasat Muhyiddin kerana penyelewengan wang rakyat untuk tujuan kepentingan Umno adalah melanggar akta pencegahan rasuah,” kata Shamsul.

Menurut Shamsul, tindakan ini menunjukkan Umno sudah terdesak dan sanggup lakukan apa saja, malah kenyataan sebegini tidak pernah diumumkan secara terbuka sebelum ini.

Sementara itu AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan arahan Muhyiddin kepada pegawai JASA sebagai satu lagi bentuk pencerobohan terhadap jabatan awam.

“Kakitangan perkhidmatan awam tidak dibayar gaji oleh Umno dan peranan perkhidmatan awam bukan untuk memenangkan mana-mana parti atau menjatuhkan mana-mana kerajaan,” kata Ahli Parlimen Tumpat itu.

Jasa ditubuhkan pada 11 Mei 1960 dengan nama asal, Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK).
Tujuan asal penubuhan Jasa adalah untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik serta memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti, tepat dan jelas dalam aspek siasah dan agama.

No comments: