tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, January 26, 2010

Zulkifli akur keputusan parti

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akur dengan keputusan biro politik PKR yang mahu menghadapkannya kepada jawatankuasa disiplin parti itu.
"Dalam mana-mana parti, termasuk PKR, berhak ambil tindakan jika perlu untuk maslahah (kebaikan) parti. Tetapi saya juga berhak pertahankan diri," katanya.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik PKR hari ini. Zulkifli akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin secepat mungkin, dan jawatankuasa tersebut dikehendak membuat syor tindakan dalam tempoh sebulan, kepada majlis pimpinan pusat (MPP).
Sepanjang siasatan dijalankan, Zulkifli diarahkan menutup mulut dan dilarang membuat kenyataan media.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara itu tidak boleh dihalang kerana ia dibuat berdasarkan peruntukan parti.

Bagaimanapun, beliau akan terus bercakap berhubung isu kalimah Allah jika dirasakan perlu.

"Saya tidak percaya ada arahan supaya tutup mulut secara umum kerana parti ini mengamalkan kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

"Kalau ada arahan begitu, itu bukan PKR".

Bagaimanapun, berhubung isu laporanya polis terhadap ahli parlimen Shah Alam, beliau tidak akan mengulas lagi berhubung perkara itu.

Ditanya berhubung fir'aun kecil yang dimaksudkan dalam tulisannya pagi tadi, Zulkifli berkata: "Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya."

No comments: