Selepas genap satu dekad Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas dakwaan 'salahlaku seks' dan salahguna kuasa, Saiful menjadi tajuk utama berita, apabila membuat laporan polis pada Jun 2008, mendakwa Anwar meliwatnya.
Sepertimana dalam 1998, Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menuduh musuh politiknya mereka konspirasi tersebut untuk menyekatnya ekoran tsunami politik pada 8 Mac tahun lalu.
Dalam catatan terbaru dalam blognya, Saiful memohon bimbingan dari orang ramai sebagai persiapan menghadapi perbicaraan tersebut.
"Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau satu tahun setengah ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang perbicaraan nanti.
"Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.
"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah.
"Nasihat dan bimbingan oleh pakar-pakar dan profesional yang berkenaan dan para ilmuan juga amat dialu-lukan," tulisnya.
Kepada mereka yang berminat berbuat demikian, Saiful berkata, mereka bolehlah menghantarnya ke alamat emel HariKebenaran@gmail.com atau di ruangan komentar di blognya atau di Facebook.
"Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda," tulis Saiful.Saiful juga berharap agar pihak tertuduh tidak lagi berdolak dalih untuk menangguh perbicaraan yang bakal berlangsung Isnin nanti.
Dalam nota kakinya, Saiful menulis, atas faktor 'keselamatan', beliau tidak dapat membalas emel yang dihantar, manakala identiti pengirim akan dirahsiakan.
No comments:
Post a Comment