
Premraj Victor yang mengetuai lima anggota pasukan SPRM berkata mereka menahan Hussein untuk disoal siasat setelah menerima tiga laporan mengenai lawatannya ke Yiwu, China pada bulan November 2009.

“Lawatan Hussein ke Yiwu, China dibayar oleh kerajaan negeri. Saya boleh sahkan kita mempunyai dokumen yang cukup untuk membuktikannya,” kata Yaakop, Ahli Dewan Selangor Kota Anggerik itu.

“Semua permohonan dan kelulusan diproses oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk menerajui industri pasir, batu dan galian,” terang beliau.
Adalah dipercayai SPRM pada mulanya pergi ke pejabat Semesta untuk membeli dokumen mengenai kelulusan urusniaga perlombongan pasir. SPRM juga mengambil paspot dan dokumen perjalanan Hussein ke Yiwu, China.
Yaakop mendakwa SPRM sengaja mengambil tindakan ini bagi memalukan
pejabat pentadbirannya.

Salim Bashir, peguam yang mewakili kerajaan negeri berkata Hussein ditahan di bawah Akta SPRM 2009 dan mempunyai waran tangkap.
Beliau berkata, “Hussein telah dibawa oleh lima pegawai ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya jam 11.15 pagi tadi untuk disoal siasat.
Mereka menahan Hussein dan merampas beberapa dokumen berhubung urusniaga perlombongan pasir.
“Mereka dijangka merakamkan kenyataan beliau dan membawanya ke mahkamah di Kajang, esok,” terang beliau.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran kepada SRPM supaya mengikut prosedur temuduga dan menekankan bahawa ianya hendaklah dilakukan pada waktu pejabat.
Beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam kepada Hussein.
No comments:
Post a Comment