Oleh Fazilah Sahir
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden berkaitan permohonan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memohon untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung tuduhan liwat ke atasnya.
Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh tersebut selepas peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar meminta satu tarikh lain ditetapkan bagi memfailkan secara serentak bantahan awal serta menjawab afidavit yang dikemukakan Anwar.
Pihak pembelaan ketiga-tiga responden diberi tempoh masa 14 hari untuk memfailkan bantahan awal dan jawapan kepada afidavit tersebut.
Bantahan awal itu berasaskan tiga alasan iaitu pertama; bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu kedua; aturcara prosedur permohonan tidak dipatuhi mengikut Akta Tatacara Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 dan ketiga; wakalaf atau status Zulkifli Noordin sebagai peguam syarie yang mewakili Anwar.
Anwar yang memfailkan permohonan serta afidavit yang diserahkan kepada mahkamah pada 7 Januari lalu menyenaraikan tiga responden iaitu Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk
Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Ia lanjutan daripada permohonan qazaf pada 9 Julai 2008 di pejabat JAWI terhadap Saiful.
Turut hadir pada sebutan kes hari ini ialah responden pertama Shamsuddin manakala plaintif (Anwar) tidak dapat hadir kerana menghadiri persidangan di Beirut, Lebanon.
Sementara Anwar dalam afidavitnya menyatakan bahawa wujud niat jahat daripada ketiga-tiga responden yang tidak sejajar dengan hak dan keadilan.
Ini kerana keenganan para responden mendakwa Saiful bertujuan tertentu dan mala fide (berniat jahat), kerana responden kedua, Che Mat terlibat secara langsung dalam upacara sumpah laknat Saiful pada 15 Ogos 2008.
Afidavit tersebut dinyatakan sesalinan Surat Akuan Bersumpah Imam Masjid Wilayah Persekutuan bertarikh 6 September 2008, Ramlang Porigi yang mengatakan telah diarahkan oleh Che Mat menjadi saksi kepada majlis sumpah laknat tersebut.
Beliau turut dimaklumkan dan percaya bahawa responden pertama, Shamsuddin tidak menjalankan pendakwaan kerana ia adalah arahan, desakan dan tekanan pihak-pihak tertentu dan bukan atas kerelaan beliau.
"Saya percaya Shamsuddin telah bersedia dan mampu untuk menjalankan pendakwaan terhadap Saiful namun tidak dibenarkan berbuat demikian," katanya.
Menurut Anwar lagi, responden-responden yang menjalankan kuasa pendakwaan terhadap Saiful atas kesalahan qazaf adalah suatu remedi yang sempurna dan mencukupi.
"Sekiranya permohonan saya dibenarkan maka kewibawaan sistem perundangan Islam serta martabat Mahkamah Syariah dapat dipertahankan," ujar beliau.

No comments:
Post a Comment