Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah sekali lagi menggesa Kerajaan Persekutuan menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran royalty 5 % daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada kerajaan negeri itu.
Gesaan ini dibuatnya blognya http://razaleigh.com yang mengingatkan implikasi daripada tindakan kerajaan pusat memungkiri janji bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah akan melaupaui negeri Kelantan.
Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat negeri tersebut.
Selain itu katanya, kerajaan persekutuan boleh dipersoal kerana dilihat cuba menafikan kewajipan Petronas untuk membayar 5 peratus kepada mana-mana negeri pengeluar minyak seperti termaktub dalam kontrak perjanjian.
Sedangkan katanya, Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar jumlah 5 peratus dari keuntungan mereka secara terus kepada negeri terlibat.
Tindakan tersebut katanya menimbulkan persoalan dan boleh memberi impikasi yang lebih besar kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain, khususnya Sabah dan Sarawak.
Keadaan Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah serupa dan membuat perjanjian sama dengan Petronas.
Jika Kelantan tidak diberi hak royalti persoalan timbul adakah bermakna kedua-dua negeri di borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama?
Beliau turut menyelar sikap kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap perjanjian yang dibuat antara negeri-negeri pengeluar minyak dengan Petronas.
Tindakan campurtangan itu katanya boleh mengakibatkan rakyat meragui integriti dan keihklasan kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan undang-undang.
"Saya harus menegaskan bahawa PETRONAS terikat oleh mereka dan bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan dalam pemenuhan mereka.
"Jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi, jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak," tegasnya.
Ku Li juga menyentuh kesan yang menyeluruh terhadap Pelaburan langsung asing (FDI) yang pasti terjejas dengan integriti kerajaan yang dipertikaikan.
Malah pemimpin veteran Umno itu juga menyatakan perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Kelantan dan Petronas cukup mudah difahami, termasuk pelajar sekolah.
Semalam pada Perhimpunan Rakyat yang dihadiri ribuan rakyat Kelantan menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am itu mengulanginya untuk berdoa sehingga Perdana Menteri dan mereka yang terbabit dalma konspirasi menidakkan hak rakyat Kelantan pecah perut.
No comments:
Post a Comment