tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, December 16, 2009

SPRM ambil keterangan bekas setpol Anwar

Bekas setiausaha politik ketua umum PKR, Annuar Shaari memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan polis mengenai pemilikan saham jutaan ringgit oleh Naib Presiden PKR dan isteri, yang dibuatnya pada 17 November lepas.

"Saya harap SPRM dapat melakukan siasatan dengan telus dan adil terutama pada kesahihan dan ketulenan dokumen pemilikan saham itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas memberi keterangan selama dua setengah jam kepada pegawai SPRM.

"Kesemua dokumen itu perlu disiasat kesahihan dan ketulenannya untuk menentukan hala tuju siasatan. Saya tidak ada sebarang niat untuk menilai atau menjatuhkan hukuman kepada sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

Annuar berkata SPRM memintanya supaya bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa sekiranya perlu selepas ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar yang meninggalkan PKR pada 27 Mac 2007 berkata, Azmin perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sekiranya ingin membersihkan nama beliau yang mungkin terjejas berikutan kes ini.

"Merujuk kepada kenyataan Azmin yang mahu menyaman saya, saya serahkan pada beliau kerana negara ini negara demokrasi. Beliau boleh buat apa sahaja cuma saya ingin berpesan, kalau beliau mahukan keadilan, tolong beri kerjasama kepada SPRM dan datang ke mahkamah apabila diarahkan, jangan tak datang dan tangguhkan kes," katanya. BERNAMA

No comments: