Selama 15 tahun, dana awam digunakan untuk kos ‘penyenggaraan’ skuadron jet pejuang yang sudah dibubarkan.
Ini benar-benar pelik. Hebat sungguh mereka yang terbabit mengaburi ‘mata’ Kementerian Pertahanan. Baru-baru ini misteri kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E terbongkar, terkini negara diberitahu, kedua-dua enjin itu sudah berada di Argentina.
Aneh sungguh tindakan Kementerian Pertahanan di bawah pimpinan Najib Razak (ketika ini Perdana Menteri) dan Syed Hamid Albar terus meluluskan peruntukan berjuta-juta ringgit atas tindakan pihak tertentu bersekongkol mengkategorikan skuadron itu sebagai masih “beroperasi.”
Akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan melaporkan, sumber –sumber kementerian pertahanan berkata F-5E milik Skuadron 12 Scorpion yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth diberi status aktif bagi membolehkan pihak yang berkepentingan terus memerah dana awam atas alasan kerja-kerja penyenggaraan.
Ini termasuk kos membaiki pulih pesawat, pembelian alat ganti dan semua kos operasi yang berkaitan.
Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamed memberi tahu Parlimen pada tahun 1994 bahawa jet pejuang F-5E akan ditamatkan perkhidmatannya pada Januari 1996 dan digantikan dengan pesawat MiG29 dari Rusia. Menteri Pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Menteri Pertahanan bagi kali kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999 dan memegang jawatan itu sehingga September 2008.
Kalangan penganalisis pertahanan berpendapat mustahil Najib meluluskan peruntukan jet pejuang F-5E tanpa menyedari pesawat itu tidak lagi beroperasi.
" Setiap tahun bajet penyenggaraan pesawat F-5E akan dibentang untuk kelulusan Parlimen. Adakah selama ini Parlimen telah diberi gambaran yang salah oleh Menteri Pertahanan? “ tanya Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Skandal F-5E terbongkar 19 Disember lalu dengan pengakuan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi bahawa sebuah enjin jet pemintas hilang dari gudang Pangkalan Udara Sungai Besi akhir tahun lalu.
Tiga hari kemudian satu lagi enjin pesawat pejuang F-5E turut disahkan hilang.
Turut lenyap, dokumen rahsia mengandungi butiran penyenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin jet pejuang terbabit yang disimpan dalam sebuah peti besi di pangkalan udara itu.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendesak supaya kerajaan membentangkan Kertas Putih mengenai skandal ini.
Kali terakhir jet pejuang F-5E digunakan adalah ketika upacara penerbangan lintas hormat untuk Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di pameran udara dan maritim LIMA di Langkawi pada 30 Oktober 2003, sehari sebelum persaraan beliau sebagai Perdana Menteri.
TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II pada 1975 dengan harga kira-kira RM15 juta sebuah.
Pembelian pesawat itu sejak awal bergelumang dengan skandal rasuah apabila seorang pegawai TUDM berpangkat ‘Group Captain’ dipecat kerana didakwa menerima sogokan sebanyak 0.25 peratus daripada kos pembelian setiap pesawat.

No comments:
Post a Comment