Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sedia membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pembeli rumah di Bandar Alam Mutiara dekat Ijok, demikian menurut satu kenyataan dari pejabat Menteri Besar.
Projek Bandar Alam Mutiara merupakan satu lagi projek yang gagal disiapkan oleh kerajaan negeri pimpinan Umno-Barisan Nasional terdahulu.
Menurut kenyataan itu, ini merupakan laporan keempat dari siri pendedahan oleh Pejabat Menteri Besar untuk memberi gambaran jelas mengenai projek tanah Rancangan Revolusi Hijau Dua (RRH2) yang pada asalnya bertujuan untuk menolong golongan miskin melalui pertanian.
Laporan ini diedarkan kepada orang ramai setelah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya dibawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mendeklasifikasikan dokumen-dokumen yang terlibat.
Projek ini berlandaskan tanah RRH2 yang berkeluasan 2,136 ekar di mukim Ijok dan melibatkan 712 peserta RRH2. Mereka telah menyerahkah hak mereka atas tanah untuk dimajukan oleh syarikat swasta.
Seramai 212 pembeli rumah yang telah membelanjakan RM9,500 seorang untuk bayaran kemajuan (progressive payment) untuk pinjaman perumahan walaupun projek berkenaan telah diisytiharkan sebagai “terbengkalai” oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2006.
Syarikat pemaju yang membangunkan projek ini ialah Mujur Zaman Sdn Bhd, yang modal berbayar RM2.00 sahaja. Mengikut rekod, syarikat ini bersetuju memberi pampasan sebanyak RM360,000.00 kepada setiap peserta RRH2 iaitu wang tunai sebanyak RM180,000 serta sebuah rumah bernilai RM180,000.00.
Syarikat, yang sekarang telah diletakkan dibawah status “receivership”, juga didapati telah membuat 19 gadaian bank atas tanah-tanah yang terlibat.
Namun demikian projek rumah sehingga kini masih belum dapat disiapkan manakala peserta RRH2 masih tidak menerima pampasan yang dijanjikan.

No comments:
Post a Comment