tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, December 23, 2009

Al Qardawi hairan tindakan Jais

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor tidak membenarkan Ketua Umum KEADILAN berucap di Masjid Negeri Shah Alam 19 Disember lalu telah memeranjatkan Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yang dijemput menyampaikan syarahan perdana di masjid tersebut.
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu menyifatkan tindakan Jais itu sebagai ganjil dan pelik memandangkan Malaysia seringkali mendabik dada sebagai negara Islam yang maju dan progresif.

"Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh dan pejuang Islam terkenal diseluruh dunia.
Mengapa pihak kerajaan menghalang beliau untuk berucap di sebuah masjid bagi menyampaikan mesej Islam?" tanya ulama berusia 83 tahun itu sambil menyatakan kehairanannya.
Dalam ucapannya Sheikh Al-Qaradawi menyifatkan Anwar sebagai “al-muftara alaih” iaitu orang yang sedang difitnah.
Dalam rangka lawatannya ke Malaysia selama enam hari Sheikh Al-Qaradawi telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H peringkat kebangsaan.
Beliau juga adalah Pengarah Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah Islam di Universiti Qatar selain Pengerusi Majlis Fatwa Eropah dan Ahli Pusat Pengajian Islam di Oxford.

No comments: