tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, December 23, 2009

Kes Anwar difitnah akan ke peringkat antarabangsa

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi berjanji akan membawa isu  fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.
Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.
“Beliau menyatakan kepada Anwar bahawa dia sendiri akan bekerja dengan lebih kuat dengan menggunakan segala usahanya bagi menyampaikan amanah ini kepada semua kenalan beliau yang berpengaruh diseluruh dunia,” kata Ahli Pimpinan Pusat, Dr Muhammad Nur Manuty.

Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus menerus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata masyarakat dunia terutamnya dikalangan umat Islam.
“Saya begitu yakin sekali imej Malaysia yang mendakwa ia sebagai sebuah negara Islam yang diuar-uarkan selama ini oleh pimpinan Umno akan terjejas sekiranya negara mengenepikan pandangan tokoh dan ulama Islam berhubung perkara ini,” jelas beliau lagi.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata  Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa kerajaan melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.
“Dia hairan kenapa sampai hari ini tidak ada tindakan diambil terhadap isu ini.
“Beliau melihat isu ini sebagai satu perkara yang besar dan amat penting kerana membabitkan Anwar sebagai seorang tokoh dan pejuang Islam yang terkenal di dunia.
Beliau membuat gesaan ini kerana melihatkan tidak ada tindakan yang konkrit daripada pihak berkuasa dan jelas untuk mempercepatkan kes qazaf ini,” kata Zulkifli.
Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia sebagai menyahut gesaan Sheikh Al-Qaradawi.
Perbicaraan kes tuduhan liwat terhadap Anwar dijangka bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari 25 Januari sehingga 24 Februari 2010.

No comments: