tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, December 14, 2009

Dua ulama tersohor pulau Persidangan Perpaduan Ummah

Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk ‘menumpang’ bagi memulihkan imejnya yang terpalit dengan dakwaan rasuah dan pembunuhan model Mongalia, Altantuya Shariibuu, terencat dengan tindakan dua ulama tersohor yang memulaukan Persidangan Perpaduan Ummah Antarabangsa yang bermula di Kuala Lumpur hari ini.
Dua ulama berkenaan Pensyarah kanan Universiti Damascus, Shaykh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dan Pengasas serta Pengarah Yayasan Tabah, Habib al-Jifri bertindak menolak pelawaan ke persidangan anjuran Yayasan Ramadan itu kerana tidak mahu terperangkap dalam komplot untuk mencanang Najib sebagai pemimpin Dunia Islam.
Mereka mengambil keputusan itu setelah senarai jemputan ke persidangan itu dilihat mempunyai pertimbangan politik sehingga meminggirkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.


Mereka di belakangkan di tempat sendiri walaupun disenaraikan antara 500 individu Muslim yang paling berpengaruh di dunia.
Kesungguhan Habib al-Jifri dalam berdakwah, menjadikannya personaliti popular dalam rancangan berunsur agama di kebanyakan rangkaian televisyen seluruh dunia.
Shaykh Dr Tawfik pula sudah menulis lebih 60 buku berkaitan syariah, sastera, falsafah, sosiologi dan tamaduni yang diedar ke seluruh dunia.
Ketiadaan Habib dan Shaykh Dr Tawfik menjejaskan kredibiliti persidangan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Persidangan itu disokong oleh kerajaan Malaysia dan dilihat sebagai usaha terdesak membina kredibiliti Najib yang terpalit dengan isu pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu dan rasuah kontrak ketenteraan.
Turut berucap pada persidangan itu ialah Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Memetik laporan lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, Pengerusi Biro Antarabangsa Keadilan, Mustafa Kamil Ayub percaya kerajaan telah campurtangan untuk meminggirkan Anwar dan Nik Aziz walaupun ia menjejaskan imej persidangan itu.
“Apabila berbicara soal perpaduan ummah, peranan Anwar mahupun Nik Aziz begitu ketara. Peranan mereka mengemuka idea dan pelaksanaan agenda berkesan baik di Asia Tenggara, bahkan dunia.
“Anwar khususnya mempunyai hubungan dan jaringan begitu baik dengan k pejuang Afghanistan dan Hamas. Beliau berhubung langsung dengan mereka.
“Malah, Anwar adalah orang tengah kepada blok Barat dan Dunia Islam. Tegurannya, pandangannya sentiasa mendapat perhatian,” katanya kepada Suara Keadilan.

No comments: