tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, December 15, 2009

malaysiakini : 'Ke SPRM pula jika MAIWP gagal jelas'

Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan akan melaporkan isu pertukaran tapak masjid di Desa Sri Hartamas kepada kawasan komersil kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) gagal memberi penjelasan yang memuaskan.

Pagi ini DPP menyerahkan memorandum kepada MAIWP, menuntut penjelasan terhadap 12 perkara yang dibangkitkan berhubung isu tersebut.

Memorandum itu diserahkan dalam pertemuan ketua penerangan PAS pusat, Idris Ahmad dan ketua DPP Wilayah, Kamaruzaman Mohamad dengan ketua pegawai eksekutif MAIWP, Anan C Mohamad di pejabatnya.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira setengah jam itu, Kamaruzaman berkata, pihaknya akan menunggu penjelasan MAIWP sebelum memutuskan sama ada hendak melaporkan perkara itu kepada SPRM.

Antara penjelasan yang dituntut dalam memorandum tersebut ialah mengapa status tanah masjid itu ditukar kepada tanah pembangunan (perniagaan) dan kepentingan MAIWP dalam projek Glomac Galeria.

DPP juga meminta supaya MAIWP mendedahkan dokumen-dokumen perjanjian membabitkan transaksi hartanah tersebut dan dokumen lain yang terlibat.

Idris pula berkata, Anan berjanji untuk memberi penjelasan kepada perkara yang dikemukakan itu.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Anan berkata beliau berkata masih belum mempunyai jawapan terhadap soalan yang dibangkitkan itu.

Beliau juga enggan menjawab soalan-soalan lain daripada pemberita sebelum beredar dari situ.

No comments: