tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, December 16, 2009

Salahuddin hantar surat kepada PAC minta siasat Kerugian MAS RM8 bilion

 
Merujuk kepada laman blog Malaysia Today bertarikh 21hb. Julai 2009, terdapat apa yang dikatakan sebagai salinan surat daripada Dato’ Ramli bin Yusuff, bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke5. Saya dapati ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan penyiasatan yang lebih mendalam terhadap perkara ini.
Surat tersebut bertarikh 26hb Mac 2007 berkisar tentang penyiasatan PDRM terhadap dua (2) Laporan Polis yang telah dibuat oleh pengurusan Malaysia Airlines Bhd (MAS). Kedua-dua Laporan Polis itu dikategorikan sebagai, Dang Wangi Report No.347/02 on 4/1/2002 dan Dang Wangi Report 12532/05 on 4/5/2005.

Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya adalah kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM8 billion daripada tahun 1994 hingga tahun 2001. Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersial PDRM kepada Perdana Menteri itu juga mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing.

Teks penuh surat YB Salahuddin Ayub kepada Pengerusi PAC adalah seperti berikut:

Dato’ Seri Azmi bin Khalid
Pengerusi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Bangunan Parlimen 50680 Kuala Lumpur

13 Disember 2009

Yang Berhormat Dato’ Seri,

Mohon Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Menyiasat kerugian RM8 billion dalam MAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk kepada laman blog Malaysia Today bertarikh 21hb. Julai 2009, terdapat apa yang dikatakan sebagai salinan surat daripada Dato’ Ramli bin Yusuff, bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke5. Saya dapati ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan penyiasatan yang lebih mendalam terhadap perkara ini.

3. Surat tersebut bertarikh 26hb Mac 2007 berkisar tentang penyiasatan PDRM terhadap dua (2) Laporan Polis yang telah dibuat oleh pengurusan Malaysia Airlines Bhd (MAS). Kedua-dua Laporan Polis itu dikategorikan sebagai, Dang Wangi Report No.347/02 on 4/1/2002 dan Dang Wangi Report 12532/05 on 4/5/2005.

4. Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya adalah kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM8 billion daripada tahun 1994 hingga tahun 2001. Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersial PDRM kepada Perdana Menteri itu juga mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing.

5. Kesahihan adakah dokumen itu benar merupakan surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah PDRM kepada Perdana Menteri, harus disiasat dan adakah kandungan dokumen itu benar atau tidak juga harus disiasat kerana jika benar ia melibatkan kerugian rakyat sebanyak RM8 billion dalam MAS? Jika dokumen itu benar, mengapa daripada Mac 2007 hingga sekarang mereka-mereka yang dituduh pecah amanah itu tidak dibawa ke muka pengadilan?

6. Bersama ini disertakan Lampiran 1. Lampiran ini merupakan salinan fotokopi apa yang dikatakan surat tersebut yang dicedok daripada Laman Blog Malaysia Today.

7. Ingin juga dibangkitkan disini berkenaan Program WAU – ‘Widespread Assets Unbundling’ yang dilaksanakan sebagai pengstrukturan semula MAS di mana segala aset kapal terbang MAS dijual kepada Penerbangan Malaysia Bhd dan MAS menyewa kembali kapal terbang-kapal terbang tersebut. Apakah yang terkandung dalam transaksi ini dan apakah risiko kewangan (financial exposure) yang dipikul oleh Kerajaan Malaysia dalam transaksi ini? Saya khuatir jika risiko-risiko kewangan ini akan menjadi ibarat risiko yang ditanggung Kerajaan Malaysia dalam kes Skandal PKFZ !

8. Justeru itu sekali lagi saya menyarankan agar PAC memangil pengurusan MAS dan Khazanah Malaysia Bhd agar perkara 1,2,3,4 dan 5 seperti yang tertera diatas dapat dikemukakan dan disoal jawab.
Sekian,terimakasih.

Yang benar,

SALAHUDDIN HAJI AYUB

No comments: