Sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan di bawah Parlimen bagi menyiasat salah laku Setiausaha Politik (setpol) Perdana Menteri, Mohd Shafie Abdullah yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Keadilan Wangsa Maju, Wee Choo Keong baru-baru ini.
Menurut beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, memberi jaminan untuk menubuhkan jawatankuasa siasatan itu ekoran dari pendedahan beliau.
"Segala pertuduhan dan dakwaan dalam ucapan saya tempuh hari perlu dijawab," kata Choo Keong ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
Beliau membuat pendedahan yang mengejutkan, didakwa dilakukan oleh Shafie (digelar Mr Political Toll) ketika berucap membahaskan Bajet 2010 dalam peringkat Jawatankuasa di Parlimen 7 Disember lalu.
Di antara dakwaan salah laku Shafie ialah:
1. Campur tangan dalam urusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam banyak hal
2. Restoran Ras Hatini, di Seksyen 2, Wang Maju – menggunakan kerusi meja DBKL
3. Surau al Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota – campur tangan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa
4. Evergreen Sdn Bhd – menggunakan syarikat ini untuk membekal peralatan kepada Kementerian Pertahanan ketika Najib Abdul Razak menjadi menteri kementerian berkenaan
5. Bukit Kiara Development Sdn Bhd – isterinya sebagai ahli Lembaga Pengarah
6. Uptown Danau Kota – mempunyai kepentingan dalam 30 lot tapak pasar malam
7. Tapak Masjid Desa Sri Hartamas – terlibat meluluskan "Development Order" untuk membina kompleks membeli belah dan kondominium di tapak tersebut
Mengakhiri ucapannya di Parlimen, Choo Keong berkata, "saya percaya banyak lagi projek-projek di bawah kawalan DBKL dan jabatan-jabatan lain yang ada hubungkait dengan setpol PM ini.
"Dan saya berharap perdana menteri akan mengambil tindakan yang serius terhadap setpol yang mencemari kredibiliti beliau," tambahnya.

No comments:
Post a Comment