tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, December 23, 2009

Kes Qazaf Sheikh Al-Qaradawi yakin anwar tidak bersalah

oleh DZULKARNAIN TAIB
Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.
Sehubungan itu ulamak terkenal tersebut mendesak agar kes qazaf yang difailkan oleh Ketua Umum KEADILAN terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera melalui pendekatan hukum syarak.
Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qaradawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Puterajaya Isnin lalu. Tokoh Maal Hijrah itu juga menegaskan bahawa Anwar mempunyai hak dari segi syariah untuk mempertahankan diri beliau dari fitnah tersebut.

Dr Muhammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut memberitahu Suara Keadilan: ” Pendirian Sheikh Al-Qaradawi berhubung kes qazaf ini begitu tegas. Jalan penyelesaiannya hendaklah mengikut prinsip Al-Quran dan As-Sunnah dengan menggunakan prosedur syariah.”
“Dalam konteks ini Anwar yang difitnahkan dan dizalimi mempunyai hak dari segi hukum syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan yang tidak berasas ini,” kata Dr. Muhammad Nur yang juga anggoto Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
“Apa lagi laporan pemeriksaan empat orang pakar pakar perubatan kerajaan menujukan tiada tanda liwat telah berlaku,” kata Dr Muhammad Nur lagi.
Dr Muhammad Nur juga menegaskan Sheikh Al-Qaradawi menggesa agar kes qazaf ini hendaklah diselesaikan secepat mungkin dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi syariah negara ini.
Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.
Sementara itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang turut serta dalam pertemuan tersebut berkata Sheikh Al-Qaradawi menjelaskan tidak timbul isu Saiful bersumpah kerana persoalannya adakah beliau mampu membawa empat orang saksi berhubung tuduhannya terhadap Anwar sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
“Sheikh Qaradawi menyatakan liwat termasuk dalam pertuduhan qazaf dan selagi orang yang membuat tuduhan samada dalam keadaan paksa atau rela tidak dapat membawa empat saksi sebagai yang dikehendaki oleh hukum syarak maka orang tersebut akan disabitkan dengan qazaf.
“Persoalan sekarang ialah samada beliau boleh membuktikannya atau tidak,” kata Zulkifli.
ends

No comments: