tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, December 15, 2009

MP PR pertahan pekeliling MB Selangor

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2009/12/GaniPatail_thumb.jpg
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendesak kerajaan supaya menarik balik permohonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani  Patail (gambar) yang bertujuan membatalkan pekeliling Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Surat pekeliling itu melarang kakitangan kerajaan negeri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat dan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, "mereka akan membangkitkan perkara tersebut bukan sahaja di dewan rakyat malah juga di luar dewan," katanya pada sidang media di lobi parlimen semalam.

"Kami juga berjanji membangkitkan isu ini di dalam dewan (perbahasan) dan di luar Parlimen supaya Peguam Negara menarik balik keputusan membatalkan Pekeliling Menteri Besar (Selangor)," jelasnya.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian selepas menerima memorandum dari Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat PR Selangor (SELPROA) yang meminta ahli parlimen PR bertegas agar kes seumpama kematian Teoh Beng Hock tidak berulang.
Beliau turut mempersoal kesungguhan Abdul Ghani seolah-olah menggalakkan para pegawai SPRM melakukan siasatan di luar waktu pejabat, seperti yang dilakukan ke atas mendiang Teoh.
"Kenapa Peguam Negara begitu bersungguh-sungguh mahu siasatan SPRM dilakukan di luar waktu pejabat?" tanya beliau.
Mahfoz yang juga Naib Presiden PAS menegaskan, "ini satu pelanggaran hak asasi manusia kerana Mahkamah Tinggi telah menetapkan SPRM tidak boleh melakukan soal-siasat di luar waktu pejabat." 
Presiden SELPROA Abdul Razak Ismail di dalam memorandumnya turut menasihatkan Abdul Gani agar menyokong keputusan Hakim  Mahkamah Tinggi Mohd Ariff Mohd Yusof supaya SPRM tidak dibenarkan menjalankan siasatan di luar waktu pejabat.

No comments: