tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, December 7, 2009

Sabah dilanda pelbagai bentuk rasuah

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2009/12/drjeffrey.jpgSABAH kini dilanda dengan pelbagai masalah penyelewengan dan rasuah, melibatkan pembalakan di kawasan tanah tinggi, pemberian konsesi balak kepada kroni dan penggurupan wang haram.
Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar)  berkata “kita dihujani dengan pelbagai kes rasuah termasuk 81 dalil yang saya failkan sendiri.”
Beliau berkata, “Datuk Seri Ahmad Said (Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM) menjadi ‘tikus’ apabila berdepan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman setelah menerima pingat SPDK.”

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya bakal pengganti Ahmad Said, Datuk Abu Kassim Mohamed menolak anugerah pingat SPDK dari kerajaan negeri Sabah.
Menurut Dr Jeffrey, begitu juga dengan kes penggurupan wang haram yang beliau failkan, melibatkan adik angkat Musa Aman, Michael Chia Tien Foh gagal disiasat oleh SPRM.
“Sebaliknya Abu Kassim mengambil inisiatif terus ‘menyerbu pejabat ICAC di Hong Kong untuk mendapatkan bukti yang cuba disembunyikan selama ini,” katanya dalam kenyataan kepada Sabahkini.net
“Saya harap Abu Kassim memberi nafas baru dengan menyiasat laporan rasuah yang saya failkan terhadap Musa Aman dan kroninya termasuk Musbah Jamli, Daud Tampokong, Nasir Yeo Guan Hock, Michael Chia dan lain-lain,” ujar Jeffrey.
Ketika dihubungi, Timbalah Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, pelantikan Abu Kassim merupakan satu muslihat yang licik bagi menyakinkan rakyat bahawa kononnya SPRM menuju ke arah pembaikan dan pemulihan integriti.
Sementara itu, Ketua Cawangan Umno Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul yang memfailkan tiga laporan beliau di hadapan lima Panel SPRM pada 15 Oktober 2009 menyifatkan pelantikan Abu Kassim sebagai menukar lokomotif kereta api tetapi masih menggunakan gerabak dan landasan lama.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pelantikan Abu Kassim itu berikutan permohonan bertulis Ahmad Said supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.
Sabahkini turut menghubungi Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low, yang sebelum ini mendakwa wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya jawatan tersebut (wakil rakyat) adalah peluang untuk membuat
duit bagi diri sendiri.
“Saya menyalahkan SPRM yang dilihat tidak serius menangani gejala rasuah sehingga menjadi budaya hidup kebanyakan rakyat di negara ini,” ujar Paul Low.

No comments: