Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar), yang dirundung pelbagai masalah dalaman parti diajak menyertai Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) bagi memperjuangkan nasib semua kaum.
Tee Keat dilaporkan telah menemui Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan hasratnya menyertai Keadilan dan meninggalkan parti perkauman (MCA) itu, demikian menurut blog Tranungkite.
Ketika dihubungi FreeMalaysiaToday hari ini, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata beliau mengalu-alukan kemasukan Tee Keat ke dalam parti Keadilan.
"Jika benar itulah hasrat beliau maka kita dalam Keadilan sangat-sangat mengalu-alukan kemasukan beliau bagi memperkukuhkan kedudukan parti sepertimana kemasukan bekas menteri kesihatan, Dr Chua Jui Meng tempuh hari," tambah beliau.
Mengenai masalah dalaman parti, Tee Keat memberi kata dua kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya tidak masuk campur urusan MCA. Beliau juga tidak bersetuju dengan pelan perdamaian yang dikemukakan oleh Najib.
Tee Keat menentang cadangan untuk menganjurkan mesyuarat agung luar biasa sekali lagi kerana bimbang akan tewas dalam pemilihan jawatan presiden.
Dalam pada itu, 13 ahli jawatankuasa pusat MCA, termasuk timbalan presiden Dr Chua Sui Lek, sanggup meletak jawatan untuk memberi laluan supaya pilihan raya baru dapat diadakan.
Dr Chua mengumumkan kesediaannya untuk meletak jawatan selepas mempengerusikan satu mesyuarat di Wisma MCA, Kuala Lumpur semalam.
Sehinggga berita ini ditulis, tidak nampak bayang-bayang pun kemelut yang dihadapi oleh MCA ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Agaknya inilah musibahnya, apabila sesebuah parti itu berabad-abad lamanya memperjuangkan untuk kepentingan sesuatu etnik sahaja, untuk chauvinis kaum Cina sahaja.
No comments:
Post a Comment