tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, December 8, 2009

Ahmad Said kena cuci ‘najisnya’ sendiri

Pemimpin Pakatan Rakyat pelbagai peringkat mengecam keras kenyataan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang menganggap kes kematian Teoh Beng Hock perkara yang sangat remeh dan kecil jika hendak dibandingkan dengan kes berprofil tinggi.
Naib Presiden Pas, Salehudin Ayob mempersoalkan integriti Ahmad Said sebagai pegawai tertinggi dalam kerajaan.
"Dia tidak langusng menunjukkan sikap professional dan bertanggungjawab terhadap kematian Teoh ketika dalam tahanan SPRM di premis badan itu di Shah Alam.


"Sebagi pegawai tertinggi dalam badan kerajaan dia tak sepatutnya bercakap begitu. Ini soal kehilangan nyawa dan kejadian itu berlaku ketika mendiang dalam tahanan mereka," katanya ketika dihubungi FreeMalaysiaToday (FMT).
Beliau berkata, Pas merakamkan rasa yang amat kesal dengan sikap tidak berperikemanusia Ahmad Said itu.
Menurut beliau yan juga Ahli Parlimen Kubang Krian, Ahmad Said sepatutnya menyerahkan perkara ini untuk disiasat oleh pihak berkuasa dan menyokong siasatan itu dijalankan untuk membersihkan nama SPRM yang semakin tiris integritinya di mata umum.
Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam pula menyifatkan kenyataan Ahmad Said itu seperti manusia yang tidak berhati perut.
Menurutnya, Ahmad Said tidak layak menduduki kerusi Ketua Pesuruhjaya SPRM jika begitulah pemikirannya.
"Memang patut dia berhenti tapi tindakannya untuk berhenti awal juga hanya helah untuk menutup beberapa perkara yang mengaibkan SPRM," katanya.
Manikavasagam berkata, selain kes Teoh dan rasuah, banyak lagi kes salah laku yang membabitkan Ahmad Said, hingga memaksanya bersara awal.
"Saya pernah duduk di tingkat 16 flat Jalan Pekeliling selama 22 tahun dan telah lihat beberapa kes bunuh diri di sana. Mangsa akan mengalami banyak pendarahan, patah riuk. Tapi kes Beng Hock berbeza sama sekali.
"Saya pernah ditahan oleh SPRM kerana isu tanah dan saya tahu macam mana ketatnya kawalan dalam pejabat SPRM. Bukan senang nak berjalan-jalan bebas dalam pejabat SPRM,"katanya.
Sementara itu Malaysiakini melaporkan, Ketua DAP di parlimen, Lim Kit Siang turut mengecam Ahmad Said sambil menyifatkan kenyataan bos SPRM yang akan bersara awal akhir Disember ini menunjukkan rasa bersalahnya.
Ahmad Said menafikan tindakannya bersara awal kerana tekanan politik dan berkaitan kematian Teoh di ibu pejabat SPRM, Shah Alam pada 16 Julai lalu.
“Kematian Teoh Beng Hock adalah kes sangat kecil. Kami pernah berdepan dengan kes lebih besar,” Ahmad Said dilaporkan berkata demikian.
“Secara umumnya, rakyat menganggap rasa bersalah Ahmad berdasarkan kenyataan itu. Rakyat juga akan mengatakan Ahmad Said manusia yang tidak berhati perut dan kenyataannya menambahkan lagi marah orang ramai yang cintakan keadilan terhadap SPRM yang tersangat buruk persepsinya.
"Bagaimana seorang ketua SPRM yang sepatutnya bebas daripada sebarang cengkaman menyatakan kes kematian misteri Teoh, tidak ada implikasi langsung?
"Dan berapa ramai lagi yang perlu mati ketika dalam tahanan SPRM, baru ia menjadi isu besar? ," katanya.
Menurut Lim, tidak dapat dinafikan kes Teoh menjadi antara punca besar tahap ketelusan negara ini jatuh merudum dari tempat 47 ke-56 mengikut Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI).
Ahmad Said bertanggungjawab menjelaskan kenapa ini berlaku sebelum dia bersara. Dia kena mencuci ‘najisnya’ sendiri, bukan dicuci oleh orang lain.

No comments: