
Seorang setiausaha politik (setpol) kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikatakan terbabit dengan rasuah.
Menteri berkenaan adalah protege kepada dua mantan perdana menteri.
Awal tahun ini, seorang pegawai yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha kepada menteri berkenaan, didakwa atas tuduhan rasuah.
Bagaiamanpun, pegawai-pegawai SPRM ssetakat ini enggan mengesahkan siasatan terhadap setpol itu.
Menurut laporan The Star hari ini, setiausaha politik itu dipercayai memiliki harta bernilai berjuta-juta ringgit yang diperolehinya dalam masa yang singkat dan SPRM telah mendapat arahan untuk merampas beberapa harta, termasuk kereta mewah dan rumah.
SPRM juga dikatakan sudah mendapat arahan supaya membekukan akaun bank setpol berusia lewat 30-an itu.
SPRM juga dikatakan sudah mendapat arahan supaya membekukan akaun bank setpol berusia lewat 30-an itu.
Dengan memetik sumber, laporan itu menyatakan, senarai rampasan SPRM itu termasuk empat kereta mewah dan empat buah rumah yang dipercayai milik setpol itu.
Sumber juga menyebut, SPRM menyiasat harta milik setiausaha itu – semuanya di Lembah Klang – yang didakwa diperolehi sebagai bayaran kerana meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.
Ia juga dipercayai, beberapa harta yang dirampas diletakkan di bawah nama orang lain sebagai proksi setiausaha politik itu. Pegawai penyiasat akan memanggil mereka yang namanya didaftar sebagai pemilik.
Pegawai penyiasat SPRM juga sudah mengenal pasti mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes itu. Mereka akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Laporan itu juga menyatakan, satu pasukan khas daripada pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kira-kira tiga minggu lalu selepas mendapat maklumat yang menyatakan setiausaha politik berkenaan hidup mewah sekalipun di luar kemampuannya.
No comments:
Post a Comment