
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar,kiri), yang membuat laporan dan menyerahkan rakaman temuramah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dipanggil oleh suruhanjaya itu untuk memberi keterangan esok.
Dalam satu kenyataan parti itu hari ini, Shamsul diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.
Tekanan demi tekanan dibuat terhadap pihak berkuasa, termasuk SPRM supaya menyiasat dakwaan Bala itu.
Bala membuat pengakuan itu pada satu wanwancara dengan tiga peguam terkenal di Singapura, baru-baru ini.
Dalam perkembangan terbaru, selepas portal-portal utama menyiarkan temubual itu selepas Raja Petra Kamarudin (RPK) (gambar,kanan) menyiarkan secara bersiri menerusi Malaysia Today, beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.
Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam menyerahkan rakaman temuramah Bala ke SPRM petang semalam.
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam menyerahkan rakaman temuramah Bala ke SPRM petang semalam.
Menurutnya laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman satu siri temuramah dengan Bala yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut.
Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.
Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat beli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.
“Di dalam CD itu ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,di mana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.
“ Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak Najib sendiri melalui agen-agennya menawarkan wang sejumlah RM 5 juta ringgit bagi mendorong Balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1Julai 2008”, kata Shamsul.
Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.
Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipatganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.
Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.
Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.
“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan dengan soal kepimpinan,ini memalukan Negara dan kerajaan”, katanya lagi.
Di Kuantan, Pengarah Sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Zaidi Ahmad berharap kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pendedahan terbaru Bala yang hilang selepas membuat akuan bersumpah kedua berkaitan pembunuhan Altantuya.
Gesaan itu disarankan sebagai tambahan kepada syor agar pihak polis juga perlu memulakan siasatan menyeluruh berhubung pendedahan tersebut.
Sehubungan itu kata beliau, pendedahan terbaru Balasubramaniam ini adalah serius dan mencetuskan banyak tanda soal dalam kes Altantuya.
Katanya, Najib yang disebutkan dalam rakaman temu bual Bala harus membuat penjelasan kepada rakyat umum.
No comments:
Post a Comment